Tuesday, 25 September 2012
COACH LEGACY LEATHER DUFFLE
CANTIK KAN????? berangan nak beli ni tahun dpn..walaupun ni item baru coach tuk thn ni n semestinye thn dpn die dah jadi outdated...hahahhaa 'ade aku kisah' janji cantik...ade lagi ke eyk stok beg ni tuk thn dpn...uhuhuhu
CUTI-CUTI MALAYSIA "CAMERON HIGHLAND"
FRONT VIEW IRIS RESORT
"gambar from google search"
Dlm bilik
"gambar from google search"
Dlm bilik
"gambar from google search"
Toilet
"gambar from google search"
Little Princess try pakai topi n anak mama ni mmg thousand cute la...
gambar ni ntah bp kali papa suh sofia duk dendiam...ssh tul nak suh diam tuk amik gambar.
Secara keseluruhannya holiday kat cameron highland ni mmg best cume kalau g tu kene la kite survey dulu beberapa resort/hotel yg menarik n jangan la nak main walk in je kalau nak selesa la kan...Iris Resort ni baru lagi coz sebelum ni die de Iris Hotel je.. yg kelakarnye kiteorg g apartment nih----towel n remote control tv kene bwk sendiri dari lobi n bile nak check out lak kene bwk lik ke lobi coz tuk daptkan kitenye deposit..mmg agak kelakar la rasenye, rase cm duk hostel lak. Dahla time tu lift dari ground floor ke tingkat 1 xleh nak gune, kenela naik tangga n nasib baik kami ni duduk kat tingkat 1 but still terasa la kan coz kn ngankut beg lg..almaklumla brg budak kecik tu pun dah byk n beg kiteorg pun mmg besar..hahahhaha...tp kalau tuk bermalam sekeluarga best gak la coz parking nye mmg senang xyah nak sesusah cr parking. Tp toilet die agak menyedihkan coz toilet bowl xdisediakan paip..kite ni kan org melayu yg mmg lagi selesa menggunakan paip airkan...
Lihatla kecantikan natural from cameron highland yang selalu dibanggakan... Saya suke g sana coz aman je kan, walau pun sebelum kite jumpe tempat yang cantik nih nak kene tempuh jalan berliku yang membuatkan kite leh mabuk jalan tp hasilnya....best!!!!!
Wednesday, 19 September 2012
nila budak kecik yg jatuh bilik air pagi nih... yg selalu buat mama geram bile xnak dengar kate n semua benda die nak buat sendiri...budak yg selalu kata "kakak dah besar la mama", "kakak dah besar cm mama, kalau cmtu esk kakak leh g keje cm mama dah", "mama xyah buah, biar kakak yang buat". Now she's already 3y 4m old tp sgt "kakak". LUV U MUCH la kakak.
JATUH TOILET
Huh menggigil mama bile nampak my lil princess jatuh bilik air...mungkin tangan die menahan kuat kut supaya kepala xterhentak ke lantai...puas urut pale, tangan, belakang die semua. Risau gak sebenarnye n dah pesan ngan nenek td, if nampak sofia cm pelik je call cpt coz leh trs bwk g spital. Tp td on d way g umah nenek, elok je nengok sofia bergurau n bergelak sesame coz saje je ajak borak padahal dalam ati mama ni huh "hanya Allah je yang tau". Hope xde pe2 la kan.
"AIR"
Kita sering dinasihatkan supaya minum banyak air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Namun bagi sesetengah orang, nasihat ini sukar diikut dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini bukan perkara digemari.
Selain itu, ada juga yang berpendapat badan mereka menerima cukup bekalan air selepas dicampur kopi, teh, jus buah atau minuman berkarbonat yang diambil sepanjang hari.
Justeru, ramai beranggapan pengambilan air masak dirasakan tidak perlu sebanyak disarankan.
Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.
Pada masa sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan.
Perlu Diganti Segera
Itu adalah kadar kehilangan air yang normal daripada setiap orang. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral lebih banyak yang perlu diganti segera bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi (masalah kekurangan air).
Hampir 60% daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku dehidrasi badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan, tetapi masalah ini biasanya tidak kita sedari.
Masalah kekurangan air akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan juga berkurang. Akibatnya, jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ dan keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.
Oleh kerana badan kekurangan air, kita tidak akan berpeluh dan haba tidak keluar dari badan seperti biasa. Dalam keadaan lebih serius, masalah ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan kita mungkin boleh demam.
Dahaga Bila Kurang Air
Mungkin anda berfikir, badan kurang air bila kita dahaga. Anggapan ini kurang tepat kerana dahaga bukan penunjuk tepat kepada masalah ini, terutama di kalangan kanak-kanak dan orang tua, kerana badan boleh mengadaptasi kepada keadaan kekurangan air sehinggalah masalah menjadi lebih serius.
Bukan semua kes dehidrasi akan menyebabkan komplikasi serius, tetapi kehilangan dua peratus berat badan boleh mempengaruhi prestasi, terutama di kalangan atlit, kehilangan tiga hingga lima peratus berat badan akibat dehidrasi menjejaskan penumpuan, tindak balas dan pertimbangan mereka.
Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada kuning cair atau pekat.
Tanda dan Kesan Kekurangan Air
Antara tanda kekurangan air termasuk:
* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening
Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:
* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan
Keadaan kekurangan air berterusan juga boleh mengundang bahaya yang tidak dijangka, seperti hipovolemik yang berlaku apabila jumlah darah yang dipam ke organ berkurangan dan mengakibatkan oksigen yang sampai ke organ dan tisu badan tidak mencukupi.
Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.
Malah, otak juga boleh menjadi bengkak. Biasanya air yang hilang dari badan mengandungi garam galian dan untuk menggantikannya, badan terpaksa menghasilkan bahan yang akan menarik balik air ke dalam sel.
Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air, menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila membabitkan sel-sel otak.
Sikap tidak suka minum air juga sebenarnya menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).
Air juga mudah keluar daripada badan melalui cirit birit (kaedah paling cepat kehilangan air dan garam mineral, terutama di kalangan kanak-kanak), bersenam, berjogging, berbasikal atau sekadar berjalan.
Demam juga akan menyebabkan kita kehilangan air. Lagi panas suhu badan, lebih banyak air yang hilang. Masalah bertambah buruk jika anda muntah dan birit birit.
Minum Air Semasa Penerbangan
Selain itu, penerbangan yang lama ke satu-satu destinasi juga menyebabkan kita kehilangan air kerana udara dalam kapal terbang sangat kering, dengan kadar kelembapan kurang daripada 10 peratus. Keadaan bertambah buruk jika anda minum minuman beralkohol. Jadi, pastikan anda minum banyak air masak ketika penerbangan.
Bagi orang dewasa yang masih muda, masalah kekurangan air mungkin tidak mendatangkan banyak kesan sampingan, tetapi keadaannya berbeza bagi bayi, kanak-kanak dan orang tua, khususnya jika menghidap penyakit seperti kencing manis.
Justeru inilah juga, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika bayi atau anak kecil mengalami masalah muntah dan cirit birit. Pastikan air yang hilang dari badan diganti segera untuk mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini kerana kehilangan air berlebihan boleh menyebabkan kematian.
Semakin kita berusia, kebolehan badan untuk mengekalkan kandungan air dalam badan menurun, deria mengesan dahaga juga menjadi kurang peka dan kemampuan badan bertindak balas dengan perubahan cuaca juga semakin rendah.
Malah, sesetengah orang tua yang tinggal di rumah penjagaan mahupun duduk sendirian selalunya makan sedikit dan terlupa untuk makan atau minum. Keadaan ini juga akan menyumbang kepada masalah dehidrasi yang semakin meruncing setiap hari jika tidak diperbaiki.
Jadi, sebelum berlaku kerosakan tidak diingini, mulakanlah amalan yang baik untuk diri anda. Caranya bukan susah, cuma minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Jadi, jangan bertangguh lagi melakukan ‘kebajikan’ untuk diri sendiri!
Sumber from http://terkinibersama.blogspot.com/
19 September 2012 :) at last de gak blog setelah mencube beberapa kali...kenkadang pikir gak, utk ape buat blog tp kalau tuk sesj berkongsi ilmu, berkongsi pengalaman pe salahnye kan. Coz sepanjang mencube beberapa kali tuk buat blog tu de gak buat blogwalking tuk mencari ilmu di blog kengkwn, mmg byk membantu dlm kehidupan seharian. So bermulahla dari saat ini sekiranya ada masa terluang dan ada story mory yg nak dikongsikan akan dipaparkan disini.
Subscribe to:
Comments (Atom)








